suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat nak lapor kes tipu tapi balik sambil banjir air mata... Wanita kecewa anggota polis tidur, seorang lagi main ‘game’

Aduan wanita berkenaan meraih perhatian ramai selepas ia tular di Facebook.

SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan dan kecewa selepas mendakwa berdepan layanan tidak profesional ketika hadir ke sebuah balai polis untuk membuat laporan berkaitan jenayah penipuan.

Dakwa wanita itu, sebaik sahaja tiba di tingkat pertama balai berkenaan, dia mendapati anggota polis yang bertugas sedang nyenyak tidur.

Selepas dikejutkan, anggota itu meminta wanita tersebut menghubungi talian 1441 serta berjumpa dengan seorang lagi pegawai di tingkat dua balai.

Harapan untuk mendapatkan bantuan sekali lagi berkecai apabila dia mendakwa melihat pegawai polis di tingkat atas itu sedang leka bermain permainan video.

Pengadu mendakwa pegawai itu gagal memberikan bantuan sewajarnya sehingga dia terpaksa pulang tanpa membuat laporan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tak dilayan ketika mahu buat laporan, dakwa semua anggota polis sedang tidur di balai

Malah, pengadu  juga pulang dalam keadaan menangis kerana kecewa dengan layanan yang diterimanya.

Kisah wanita itu meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi menerusi sebuah akaun Facebook pada Selasa.

Dakwa pengadu, kejadian itu berlaku ketika dia berada di Balai Polis Bang Lamung, Chon Buri, Thailand.

Susulan video tular itu, polis Thailand mengesahkan mereka sedang meneliti fakta kejadian bagi mengambil tindakan selanjutnya. -Agensi

Artikel Lain