SEORANG pelancong asing mendakwa dikenakan tambang yang tidak masuk akal ketika menggunakan perkhidmatan sebuah teksi.Dia mendakwa terpaksa membayar 2,000 baht (RM246) bagi perjalanan dari Lapangan Terbang Don Mueang ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand. Mengikut peraturan Kementerian Pengangkutan Thailand, penumpang yang menaiki teksi dari mana-mana lapangan terbang perlu membayar tambang berdasarkan meter.Penumpang juga dikenakan surcaj lapangan terbang sebanyak 50 baht (RM6) dan perlu menanggung bayaran tol lebuh raya.Berdasarkan pengiraan biasa, perjalanan menggunakan meter antara Suvarnabhumi dan Don Mueang biasanya sekitar 400 hingga 550 baht (RM49 hingga RM68), termasuk surcaj berkenaan.Kisah mengenai pelancong wanita itu meraih perhatian ramai selepas mangsa berkongsi pengalamannya menerusi aplikasi Threads pada 15 September.ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu teksi nafi rogol wanita tepi jalan, dakwa penumpang rela bogel gara-gara tak mampu bayar tambang“Dari Don Mueang ke Suvarnabhumi, saya perlu membayar 2,000 baht (RM246). Siapa mangsa yang dikenakan bayaran berlebihan? Sayalah orangnya,” tulis wanita itu.Dia turut memuat naik gambar teksi berkenaan yang turut memaparkan nombor pendaftaran kenderaan.Perkongsian itu kemudian menerima ratusan komen, malah ramai netizen mempersoalkan mengapa pelancong berkenaan tidak menggunakan aplikasi e-hailing seperti Grab.Menurut netizen, tambang yang dibayar wanita itu juga sangat melampau dan tidak berpadanan dengan jarak perjalanannya."Nilai tambang tu boleh digunakan untuk perjalanan dari Bangkok ke Pattaya," tulis netizen. -Agensi