suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak tahan teruk kena bantai dengan guru! Budak 9 tahun nekad lari madrasah, jalan kaki 30km!

Keadaan tubuh badan mangsa yang dipercayai dipukul oleh guru madrasah.

TEMPAT yang sepatutnya menjadi ruang selamat untuk menimba ilmu bertukar menjadi pengalaman menakutkan buat seorang kanak-kanak lelaki apabila dia mendakwa dipukul dengan teruk oleh gurunya.

Mangsa yang baru berusia sembilan tahun nekad melarikan diri dari sebuah madrasah di daerah Kishtwar, Jammu dan Kashmir, India selepas tidak tahan menjadi mangsa penderaan.

Lebih menyayat hati, anak kepada seorang penggembala itu ditemukan berjalan sendirian hampir 30 kilometer dari institusi berkenaan.

Menurut laporan NDTV pada Rabu, penduduk tempatan yang menyedari terdapat kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak itu segera memaklumkan perkara tersebut kepada Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak (CWC).

Mangsa kemudian diselamatkan sebelum diberikan rawatan perubatan serta khidmat kaunseling.

CWC turut memulakan proses perundangan berhubung kejadian bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak bertanggungjawab.

Ketika menceritakan pengalamannya, kanak-kanak itu mendakwa perbuatan memukul pelajar bukanlah kejadian pertama berlaku di madrasah tersebut.

Malah dakwanya, ramai pelajar lain turut dipukul atas pelbagai alasan.

Susulan pendedahan berkenaan, pihak berkuasa memaklumkan pentadbiran madrasah dan guru yang dituduh memukul mangsa bakal berdepan tindakan tegas mengikut undang-undang perlindungan kanak-kanak.

Polis turut diarahkan untuk mendaftarkan kes serta menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti perkara sebenar.

"Selepas pemeriksaan perubatan, kanak-kanak itu akan dibawa ke hadapan Lembaga Keadilan Juvana.

"Laporan polis akan didaftarkan terhadap tertuduh dan tindakan tegas akan diambil," kata Timbalan Pesuruhjaya Kishtwar, Pankaj Kumar. -Agensi

Artikel Lain