suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki baru keluar wad dicekup polis, cekik ibu sendiri hingga tak bernyawa di bilik hotel

Mangsa ditemukan kakitangan hotel yang membuat pemeriksaan pada hari mendaftar keluar. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berusia 57 tahun ditahan pada Selasa, selepas disyaki mencekik ibu kandungnya sehingga mati di sebuah hotel di Osaka, Jepun.

Suspek, Junji Hiro yang tidak mempunyai alamat tetap dan pekerjaan, dituduh membunuh ibunya, Masako, 88, di sebuah hotel di Chuo Ward pada 7 September lalu.

Menurut polis, warga emas yang menetap di Wakayama City itu dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas selepas lehernya ditekan oleh suspek.

Hasil bedah siasat forensik menganggarkan mangsa meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi pada hari kejadian.

Memetik laporan Sankei Shimbun, pasangan ibu dan anak tersebut dilaporkan menginap di hotel berkenaan sejak 2 September lalu.

Kejadian terbongkar selepas mereka tidak hadir di kaunter penerimaan tetamu untuk urusan mendaftar keluar pada 7 September.

Curiga dengan keadaan mereka, kakitangan hotel kemudiannya masuk untuk memeriksa bilik sebelum menemukan Masako dalam keadaan terlentang di atas katil.

Pada masa sama, suspek turut ditemukan mengalami luka pada bahagian leher yang dipercayai dilakukan sendiri.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebelum ditahan selepas dibenarkan keluar dari pusat perubatan berkenaan.

Bagaimanapun, ketika disoal siasat, Hiro menafikan bahawa dia mempunyai niat untuk membunuh ibunya.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian serta perkara yang berlaku sebelum kematian mangsa. -Agensi

 

Artikel Lain