suria

MH370: Hishammuddin Akan Bincang Fasa Seterusnya Di Australia Minggu Depan

Hishammuddin Tun Hussein.

SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan bertolak ke Australia pada minggu depan bagi membincangkan mengenai fasa seterusnya dalam misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.

Hishammuddin berkata, beliau juga akan membincangkan mengenai perkongsian kos yang berkaitan dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Apabila kita melakukan pencarian di laut dalam, adalah penting untuk membincangkan mengenai kos bersama semua mereka yang berkepentingan," katanya.

Beliau berkata, satu pengumuman berkenaan dengan perkongsian kos akan dibuat sebaik sahaja satu perjanjian diputuskan.

"Bagaimanapun, kita tidak akan tahu apakah kosnya nanti kerana kita tidak tahu apakah aset yang akan digunakan, dan siapa yang akan membekalkannya, yang akan dilakukan oleh tiga jawatankuasa yang telah ditubuhkan," kata Hishammuddin.

Beliau menambah, satu laporan awal mengenai tragedi MH370 akan didedahkan pada Khamis.

Artikel Lain