Penghantar Piza Dipenjara 20 Tahun, 10 Sebatan Akibat Rogol Budak 5 Tahun - Semasa | mStar

Penghantar Piza Dipenjara 20 Tahun, 10 Sebatan Akibat Rogol Budak 5 Tahun

PETALING JAYA: Seorang penghantar piza dipenjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah merogol anak bekas teman wanitanya yang berusia lima tahun, Julai tahun lalu.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Hamdan Ahadluddin, 53, bersalah merogol kanak-kanak perempuan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

"Mahkamah berpendapat pembelaan tertuduh adalah penafian semata-mata. Oleh itu, tertuduh didapati bersalah seperti mana dalam pertuduhan," katanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 2 Julai 2013.

Hamdan didakwa merogol kanak-kanak perempuan itu di sebuah rumah di Lembah Subang, Petaling di sini pada Mei 2013.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Terdahulu. peguam P.G Cyril yang mewakili Hamdan memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan dilakukan oleh pihak polis.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin pula berkata, mahkamah perlu mengambil kira rekod kesalahan lampau iaitu rogol yang pernah dilakukan tertuduh pada 2005 sebelum menjatuhkan hukuman.

"Tertuduh tidak pernah insaf meskipun mempunyai rekod kesalahan lampau dan dia masih melakukan kesalahan yang sama (rogol) terhadap kanak-kanak itu yang sepatutnya perlu dilindungi olehnya," katanya.

Tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan.


Artikel Sebelum

Selangor Henti Catu Air Mulai Khamis

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain