suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selangor Belanja RM10 Juta Untuk Infrastruktur Air Bagi Menghadapi Musim Kemarau

Tan Sri Khalid Ibrahim
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk membina infrastruktur bagi memudahkan pemindahan air dari sumber-sumber seperti kolam ke dalam Sungai Selangor.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata wang itu akan digunakan untuk membeli pam berkapasiti tinggi bagi memastikan kerja yang dilaksanakan mampu meningkatkan paras air di dalam sungai.

"Infrastruktur ini juga akan digunakan untuk mengepam air dari Sungai Selangor ke dalam kolam takungan air apabila paras air kembali seperti biasa," kata Khalid pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan pada Rabu.

Beliau berkata pemindahan air dari sungai ke kolam takungan adalah persediaan untuk menghadapi musim kering yang panjang yang diramalkan berlaku antara bulan Mei dan September tahun ini.

Khalid berkata sehingga 8 pagi Rabu, paras air di empangan Sungai Selangor masih di tahap kritikal pada 38.9 peratus.

Artikel Lain