suria

Lori Bawa Ikan Dan Ayam Terbalik Sebabkan Kesesakan 5 Km

Beberapa pekerja mengeluarkan kotak-kotak yang mengandungi makanan laut sejuk beku ke dalam sebuah lori apabila lori yang membawa muatan berkenaan terbalik selepas terbabas di terowong Jalan Udini di George Town, Rabu. -fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Sebuah lori membawa muatan ikan dan daging ayam sejuk beku terbalik selepas tayar belakang kenderaan itu meletup berhampiran terowong di Jalan Udini menghala Jalan Masjid Negeri, di sini pada Rabu. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata lori yang terbabas itu turut melanggar dua kereta Toyota Vios yang berada di laluan bertentangan. 

"Kemalangan pada pukul 4.50 petang itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer kira-kira dua jam di dua laluan berkenaan," katanya kepada pemberita. 

Beliau berkata pemandu lori berusia dalam lingkungan 30-an itu cedera ringan manakala dua lagi pemandu kereta berusia 20-an dan seorang penumpang kereta terlibat tidak cedera.
lori, terbalik, lori ikan

Artikel Lain