suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tayar Pecah Punca MH192 Berpatah Balik

Pesawat MH192 mendarat dengan selamat di KLIA.

KUALA LUMPUR: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke KLIA awal pagi Isnin kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.

Pengurus Perhubungan Media MAS, Khairunnisak Dzun Nurin berkata, juruterbang telah dimaklumkan oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur bahawa serpihan tayar ditemui di landasan dan dengan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi (OCC) MAS pada pukul 10.25 malam.

"Oleh kerana keselamatan adalah amat penting bagi Malaysia Airlines, pesawat itu telah diarahkan berpatah balik ke KLIA.

Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) digerakkan sebaik sahaja juruterbang diarahkan berpatah balik ke KLIA oleh OCC," katanya dalam satu kenyataan media, Isnin.

Kesemua penumpang akan ditempatkan di hotel-hotel berhampiran dan penerbangan MH192 dijadualkan semula berlepas dari KLIA pada pukul 3.30 petang Isnin dan dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 5 petang hari yang sama, katanya.

Beliau berkata, kesemua 159 penumpang dan tujuh anak kapal telah keluar dari pesawat itu.

Penerbangan MAS MH192 berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam Ahad ke Bangalore dan mengesan gear mendarat sebelah kanannya tidak berfungsi, menyebabkan ia berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan di KLIA pada pukul 1.56 pagi Isnin.

Pesawat itu diterbangkan oleh Kapten Nor Adam Azmi bersama dengan pembantu juruterbang Prakash Kumar.

MAS, Penerbangan Malaysia, MH192, KLIA

Artikel Sebelum

Bayi Dibuang Atas Bumbung

Artikel Berikut

Artikel Lain