suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembantu Karpal Sudah Sedar, Masih Di ICU

Kemalangan Khamis lalu yang mengorbankan Karpal Singh dan pembantunya, manakala pembantu rumah warga Indonesia cedera parah.

IPOH: Pembantu rumah Karpal Singh yang cedera parah dalam kemalangan yang mengorbankan majikannya dalam kejadian awal pagi Khamis lalu sudah sedar.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, bagaimanapun berkata, Selfiana Rengga, 26 yang berasal dari Kalembuweri, Indonesia masih tidak boleh bercakap.

"Kami masih tidak dapat mengambil keterangannya kerana beliau belum dapat bercakap dan kini masih mendapat rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permasuri Bainun," katanya di sini, Isnin.

Kong Soon berkata, sepasukan anggota dari Bukit Aman tiba di sini, Sabtu untuk menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian.

Selain itu, katanya, pemeriksaan terhadap kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu juga dijalankan bagi melengkapkan siasatan.

"Sehingga kini, siasatan kejadian kemalangan itu masih berjalan," katanya.

Selain Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, kemalangan pada awal pagi Khamis itu turut mengorbankan pembantunya, Michael Cornelius.



Artikel Lain