suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Bekal Dadah Kepada Anak Di Mahkamah Dicekup

Gambar hiasan.
BALIK PULAU: Seorang wanita ditahan ketika cuba membekalkan dadah kepada anaknya yang baru sahaja dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan kerana memiliki dadah di Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sini Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Siti Nor Salawati Saad berkata perbuatan wanita berusia 56 tahun itu disedari polis yang mengiringi anak lelakinya turun dari kandang tertuduh untuk dibawa ke lokap sementara mahkamah pada pukul 11.15 pagi.

"Suspek dilihat mendekati anaknya yang berusia 35 tahun sebelum menyerahkan bungkusan kecil yang dibalut plastik hitam secara sembunyi, bagaimanapun kelakuannya yang mencurigakan itu disedari anggota bertugas," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi ketulan mampat dadah jenis heroin seberat 9.4 gram yang dibalut dalam gulungan tembakau.

Siti Nor Salawati berkata polis masih menyiasat sumber bekalan dadah itu diperoleh dan wanita yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu direman tujuh hari mulai Jumaat untuk membantu siasatan.
dadah, hukuman penjara, ibu, tembakau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain