suria

MH370: Perjalanan Masih Jauh - Hishammuddin

Hishammuddin Hussein.

KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau berterima kasih kepada pihak berkuasa Australia yang sedang berusaha untuk mengenal pasti isyarat yang dikesan di selatan Lautan Hindi ketika gerakan mencari pesawat Malaysia yang hilang memasuki hari ke-34 pada Khamis.

Beliau berkata hanya selepas disahkan bahawa isyarat berkenaan adalah dari pesawat Malaysia Airlines MH370, operasi akan beralih ke fasa seterusnya.

Sambil menjelaskan bahawa "perjalanannya masih jauh", beliau berkata: "Kami dimaklumkan dari semasa ke semasa berhubung perkembangan terkini daripada JACC (Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia), tapi ia memerlukan beberapa hari untuk meneliti isyarat daripada alat pengesan ping." 

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan pihak berkuasa yang terlibat dalam usaha mencari pesawat Boeing 777-200 MAS yang hilang, di sini Khamis.

Menurut beliau, untuk sementara waktu ini, tiga jawatankuasa peringkat kementerian berkenaan perlu menunaikan tugas masing-masing. Jawatankuasa itu bermesyuarat di sini sejak pagi Khamis.

Artikel Lain