suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Tetapkan 22 April Pengurusan Kes Saman RM100 Juta Anwar Terhadap Anifah

Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 22 April untuk pengurusan kes saman fitnah yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Peguam utama Anwar, Razlan Hadri pada Selasa berkata menteri berkenaan telah meminta penangguhan perbicaraan yang dijadualkan selama tiga hari dari Selasa kerana beliau perlu menghadiri mesyuarat Asean di sini manakala peguam utamanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berada di luar negara.

Razlan berkata mahkamah telah menetapkan 22 April untuk pengurusan kes bagi menyusun kenyataan saksi dan dokumen berkaitan.

Peguam bersama Anifah, Jeffrey John dan Sarah Abishegam mengesahkan butiran.

Pemimpin Pembangkang memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Anifah berikutan kenyataan didakwa fitnah yang dibuat terhadapnya di luar negara.

Artikel Lain