suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki Algeria Terlepas Tali Gantung

GEORGE TOWN: Dua lelaki warga Algeria dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan mengedar dadah, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh Ali Seghir dan Amar Benbouteldja.

Ali dan Amar, kedua-duanya berusia lingkungan 30-an, didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 53,709.5 gram di No 286 Blok H Mukim 12, Jalan Batu Maung, dekat sini pada pukul 12.15 tengah malam, 9 Disember 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amir Hamzah Othman dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam Chris Kooi.

Artikel Lain