suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pinda Akta Untuk Basmi Kegiatan Mengemis

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (kiri) beramah mesra bersama pengemis ketika membuat lawatan mengejut ke kawasan gelandangan di sekitar ibu negara, Isnin.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang meminda Akta Orang-orang Papa 1977 sedia ada dengan memperkenalkan elemen penguatkuasaan.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pindaan itu perlu bagi membasmi kegiatan mengemis kerana undang-undang sedia ada hanya terpakai bagi tujuan perlindungan dan pemulihan terhadap golongan tersebut.

"Kerajaan juga mahu menangani sindiket yang kita syak wujud disebalik kegiatan mengemis ini," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi bersepadu menyelamat pengemis di kawasan Bukit Bintang di sini, Isnin.

Rohani berkata antara hukuman dicadangkan adalah penjara, denda khidmat masyarakat dan kompaun terhadap individu yang mengeksploitasi orang lain untuk mengemis atau individu yang menjadikan mengemis sebagai karier mereka.

akta, pengemis, penguatkuasaan

Artikel Lain