suria

Hanya Hujan Lebat Berterusan Akan Mengakhiri Catuan Air

Keadaan paras air di Empangan Sungai Selangor pada 31 Mac lalu.
PETALING JAYA: Selangor memerlukan hujan lebat berterusan setiap hari dalam tempoh beberapa minggu akan datang untuk mengakhiri catuan air.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) S. Piarapakaran, berkata perkara ini tidak mungkin berlaku sambil menambah hujan baru-baru ini tidak mencukupi untuk mengisi empangan yang hampir kering di negeri ini.

"Corak hujan yang turun tidak begitu lebat, tidak seperti sebelum ini. Mungkin terdapat peningkatan dalam tempoh yang singkat ini tetapi ia hanya peningkatan kecil.

"Tetapi jika kita menerima hujan lebat berterusan selama dua minggu akan datang, kita tidak akan pergi ke peringkat catuan air yang seterusnya," katanya kepada The Star.

Piarapakaran berkata hujan di Selangor berada pada peringkat 'sederhana' sambil menambah kadar hujan yang tinggi akan mengakibatkan banjir kilat.

Sebelum ini catuan air dilaporkan akan berakhir apabila tahap kapasiti di empangan Sungai Selangor mencapai 55 peratus.

Walau bagaimanapun, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Muhammad Helmi Abdullah berkata hujan lebat mungkin akan turun di beberapa tempat di Malaysia dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

"Hujan mungkin lebat pada masa kini tetapi tidak semua tempat akan menerima jenis cuaca yang sama," katanya.

Muhammad berkata hujan akan terus turun dari Mei hingga September walaupun dengan ukuran lebih kecil kira-kira 100mm hingga 150mm untuk setiap bulan.

Beliau juga menjangkakan air di empangan di negeri ini tidak akan kering begitu cepat pada Februari dan Mac.

Apabila ditanya jika kerajaan boleh menyediakan infrastruktur untuk mengalihkan air banjir ke kawasan tadahan air, Piarapakaran berkata ini sangat mahal untuk dilakukan.

"Jika kita mahu pergi ke dalam pengurusan air ribut, kita perlu mereka bentuk semula keseluruhan sistem pengurusan longkang kita. Terdapat pelbagai bahan kimia dalam kandungannya dan kita perlu memastikan air yang bersih," katanya.

Bacaan empangan oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas) telah menunjukkan sedikit peningkatan sejak beberapa hari lalu.

Sehingga pagi Isnin bacaan menunjukkan: 78.27 % (Batu) , 53,96 % (Klang Gates), 49.35 % (Langat), 71,22 % ( Semenyih ), 37.31 % (Sg Selangor) , 61.46 % ( Sg Tinggi ) dan 87,24 % (Tasik Subang).

Seramai 6.7 juta orang di Selangor menghadapi catuan air.
catuan air, Jabatan Meterologi

Artikel Sebelum

Artikel Lain