suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga Didakwa Curi Pokok Bongsai Jiran

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Isnin terhadap pertuduhan mencuri dua pokok bonsai bernilai RM1,500 milik jirannya.

Choong Sze Ian, 26, didakwa mencuri dua pokok bonsai dalam pasu di A3 Bangsar Indah Kondominium, 247 Lorong Maarof, di sini pada 1.15 pagi, 2 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Adnan Ismail yang mewakili Choong memohon kepada mahkamah supaya anak guamnya dibenarkan diikat jamin dengan jumlah yang rendah atas alasan tertuduh perlu menjaga adik beradiknya yang masih kecil. 

Majistret Siti Shakirah Mokhtarudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan kes.

Artikel Lain