suria

MH370: Kit Siang Gesa Tubuh PSC Sebelum 10 April

Lim Kit Siang
PETALING JAYA: Penasihat DAP Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kabinet untuk menyokong penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai kejadian MH370 yang diketuai pembangkang sebelum sidang Parlimen ditangguhkan pada 10 April.

"Parlimen akan melakukan suatu kecuaian tugas yang tidak dapat dimaafkan jika ia ditangguhkan pada Khamis depan tanpa tidak ada langkah-langkah konkrit dalam peranan Parlimen memandangkan semua Ahli Parlimen Malaysia boleh memainkan peranannya dalam mencari jawapan kepada banyak persoalan yang dibangkitkan dalam bencana MH370 itu," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam kenyataan, Khamis.

Jawatankuasa itu katanya akan memainkan peranan mereka dalam mengembalikan keyakinan di peringkat nasional dan antarabangsa dari segi ketelusan, tadbir urus yang baik dan memperbaiki reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tambahnya, pembentukan PSC akan menghantar satu mesej yang jelas bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan telah bersedia untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan yang timbul dalam tempoh empat minggu yang lalu.

Sementara itu, Ahli parlimen pembangkang juga membentangkan satu nota kepada Datuk Seri Shahidan Kassim meminta diadakan sesi taklimat mengenai perkara-perkara berkaitan MH370 .

Anthony Loke (Lobak -DAP) pada Khamis berkata beliau menyerahkan surat itu ke pejabat Shahidan pada petang Rabu dan meminta taklimat diadakan pada jam 8.30 malam pada 8 April.

"Bagaimanapun kami bersikap terbuka untuk tarikh mengikut kelapangan mereka, kerana kita inginkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk menjalankan sesi taklimat itu."
Lim Kit Siang, PSC, MH370

Artikel Lain