suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rahmah Mahamad Angkat Sumpah Jawatan Senator

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita Umno Kelantan, Datin Rahmah Mahamad, 61, hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator.

Upacara dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Bekas pendidik ini dilantik bagi tempoh tiga tahun.

Beliau juga merupakan Ketua Wanita Umno bahagian Machang dan Anggota Exco Wanita Umno Malaysia.

Rahmah berkelulusan dari Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dan pernah menyandang jawatan guru penolong kanan di beberapa buah sekolah di Kelantan termasuk jawatan pentadbir di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh.

Beliau menerima Anugerah Tokoh Guru Negeri Kelantan pada tahun 2010.

Memberitahu pemberita kemudiannya, Rahmah berkata beliau akan menonjolkan isu-isu pendidikan di Kelantan dalam persidangan dewan.


Dewan Negara, Kelantan, Umno

Artikel Lain