suria

Lelaki Ditemui Mati Dalam Longkang

GEORGE TOWN: Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) ditemui mati dalam longkang berhampiran asrama lelaki Desasiswa Restu, universiti itu di sini tengah malam Ahad.

Mayat John Yip Kar Yong, 23, dari Lahat Perak ditemui dengan kesan kecederaan pada betis kiri, hidung berdarah dan calar di dagu pada 12.45 tengah malam oleh pengawal keselamatan universiti.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata mayat penuntut tahun empat Pusat Pengajian Farmasi itu ditemui dengan memakai baju kuning bertulis 'Pertandingan Pertolongan Cemas Cawangan Perak' dan berseluar sukan pendek.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kamera litar tertutup di lokasi kejadian tidak berfungsi dan beberapa penuntut yang tinggal di asrama itu tidak mengenali lelaki berkenaan.

Katanya mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Artikel Lain