suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat Bermula 4 April - Syabas

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) meluluskan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat yang berkuat kuasa Jumaat ini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata pelan itu dilaksanakan serentak dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang dilanjutkan sehingga 30 April.

Perincian Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat seperti kawasan terlibat dan jadual pelaksanaannya akan diumumkan SPAN pada selasa, katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Pelan Catuan Peringkat Pertama dan Ketiga kekal dilaksanakan di kawasan terlibat berdasarkan jadual SPAN dan Syabas sebelum ini.

Beliau berkata Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi yang sebelum ini ditutup akibat pencemaran ammonia, beroperasi semula Ahad selepas paras kandungan bahan itu berkurangan ke tahap yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, operasi kedua-dua LRA itu masih dipantau rapi syarikat operator loji iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd kerana paras ammonia belum dapat dipastikan tetap berada pada tahap rendah.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dilaksanakan ekoran penutupan kedua-dua LRA tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pelan catuan bekalan air itu, pengguna digalakkan melayari laman web SYABAS www.syabas.com.my.

Artikel Lain