suria

MH370: MAS Bawa Keluarga Ke Perth Selepas Dapat Pengesahan

PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hanya akan menerbangkan ahli keluarga ke Perth hanya selepas serpihan fizikal yang ditemui disahkan pihak berkuasa mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, penyusunan berhubung perkara itu akan dibuat sebaik sahaja pihaknya menerima kebenaran untuk membawa ahli keluarga ke sana.

"Sebuah Pusat Bantuan Keluarga (FAC) akan ditubuhkan di Perth. FAC akan menjadi tumpuan utama bagi semua aktiviti yang dirancang untuk keluarga termasuk taklimat serta aktiviti keagamaan.

"MAS juga akan terus memberikan bantuan kebajikan dan sokongan kepada keluarga penumpang," kata beliau dalam kenyataan pada Ahad.

Selain itu Ahmad Jauhari juga mengulangi komitmen MAS bekerjasama dan menyokong usaha dari pihak kerajaan asing dalam mencari dan menyelamat (SAR) MH370.

"Kita akan beri kerjasama sepenuhnya dalam siasatan ini," katanya.

MAS, MH370, Ahmad Jauhari Yahya

Artikel Lain