suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kadar Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang RM8.50

Jambatan kedua Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah mula dibuka kepada umum pada 2 Mac lalu.
GEORGE TOWN: Kutipan tol bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam akan mula dibuat bermula 1 April ini.

Kadar tol yang dikenakan bermula dari RM1.70 hingga RM70.10.

Menerusi kenyataan pada Ahad, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan bahawa kadar tol bagi kereta kecuali teksi dan bas (kelas 1) adalah sebanyak RM8.50; motosikal (kelas 0), RM1.70; kenderaan enam tayar kecuali bas (kelas 2), RM30.50; kenderaan kelas 3, RM70.10; teksi (kelas 4), RM8.50 dan bas (kelas 5), RM26.20.

Jambatan kedua Pulau Pinang itu mula dibuka kepada umum pada 2 Mac lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Artikel Lain