Khalid Nafi Banyak Pencalonan Tanda Protes - Semasa | mStar

Khalid Nafi Banyak Pencalonan Tanda Protes

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhadapan saingan enam penjuru merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu Mei depan.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan andaian bahawa banyaknya pencalonan untuk jawatan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun ini sebagai menunjukkan protes terhadap kepimpinan parti yang ada sekarang.

Menyifatkan ia hanya perkara biasa, Abdul Khalid menyatakan pertambahan jumlah itu menunjukkan parti tersebut sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak untuk bertanding sebarang jawatan.

"Tiada protes...ini memang perkara biasa sebab tiada sekatan untuk sesiapa mahu bertanding," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program U-Pustaka peringkat negeri Selangor di sini, Ahad.

Dalam pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung pada Mei depan, Abdul Khalid yang bertanding jawatan nombor dua parti bakal berdepan lima calon antaranya Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution; Naib Presiden, Tian Chua; dan penyandang jawatan itu Mohamed Azmin Ali.

Pemilihan parti itu tahun ini menyaksikan dua jawatan tertinggi iaitu Timbalan Presiden dan Naib Presiden mencatatkan bilangan calon teramai menyerahkan borang pencalonan.

Ketika ditanya mengenai peluangnya untuk memenangi jawatan tersebut, Abdul Khalid berkata: "Mereka (anggota PKR) boleh menaruh kepercayaan pada saya".

Bagi jawatan presiden, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menentang isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penyandang jawatan itu.

Jawatankuasa Pemilihan PKR menetapkan 25 April hingga 11 Mei depan sebagai tarikh pengundian pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang dijalankan secara berperingkat mengikut zon dalam tempoh tiga minggu.

Keputusan undian akan diketahui selewat-lewatnya jam 5 petang bila proses pengundian dijangka tamat manakala barisan kepimpinan baharu akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei.

Khalid Ibrahim , Azmin Ali , PKR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain