suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Negeri P.Pinang Pertimbang Langkah Catuan Air

Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mempertimbangkan langkah untuk mengenakan catuan bekalan air pada mesyuarat Exco pada 2 April ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata kerajaan negeri sebelum ini pernah mengumumkan bahawa tidak akan melakukan catuan bekalan air walaupun melalui musim kemarau yang panjang.

"Bagaimanapun kajian semula bagi April akan dibuat oleh Exco untuk mempertimbangkan sama ada perlu diadakan catuan bekalan air atau tidak," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini Ahad.

Lim dalam kenyataannya juga menyatakan kekecewaan kerana penggunaan air semakin meningkat walaupun banyak program pendidikan diadakan serta pelaksanaan surcaj pemuliharaan air sebagai penalti kepada mereka yang membazir air. 

"Tahun lepas, penggunaan air di Pulau Pinang adalah paling tinggi di Malaysia, iaitu 295 liter padu seorang sehari, untuk dua bulan pertama tahun ini sehingga 1 Mac angka penggunaan air sudah meningkat 5.4 peratus iaitu sebanyak 311 liter padu seorang sehari," katanya.

Oleh itu katanya rakyat negeri ini diseru supaya memulihara dan tidak membazir air kerana penggunaan air sekarang hampir 50 peratus lebih tinggi daripada purata kebangsaan, iaitu 215 liter padu seorang sehari.

"Sumber dan rizab air kita boleh dilanjutkan sebanyak 50 peratus sekiranya kita memulihara air dan menggunakan jumlah yang sama dengan purata kebangsaan," katanya.

Artikel Lain