suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Polis Ditahan Kerana Meragut

BUKIT MERTAJAM: Seorang L/Kpl polis ditahan bagi membantu siasatan kes ragut melibatkan seorang jurutera dan adik lelakinya berhampiran Plaza Tol Juru, di sini, Isnin.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian 5.20 pagi itu, wanita dan adiknya yang menaiki sebuah motosikal dihampiri seorang lelaki yang juga menaiki motosikal dan mengarahkan mereka berhenti.

"Wanita berusia 26 tahun itu yang menunggang motosikal memberhentikan motosikal di tepi jalan, sebelum lelaki berkenaan memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa berwarna biru serta meminta kad pengenalan mangsa.

"Dalam masa yang sama lelaki itu mengarahkan pasangan adik beradik berkenaan ke pos polis berhampiran bagaimanapun mereka enggan dan secara tiba-tiba suspek bertindak menendang motosikal mangsa menyebabkan mereka jatuh," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata lelaki terbabit mengacukan sebilah pisau ke arah dua beradik berkenaan dan merampas beg galas, dompet serta dua telefon bimbit mereka.

Jurucakap itu berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan membuat laporan polis dan pihak berkuasa mengesan kedudukan lelaki berkenaan berdasarkan telefon bimbit yang disamunnya.

"Polis menyerbu sebuah rumah di Kulim dan menahan lelaki itu bersama pelbagai barangan milik mangsa serta telefon bimbit yang telah dijual kepada rakan serumahnya dengan harga RM500," katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Ab Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan beliau berkata lelaki ditahan itu seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Beliau berkata anggota polis berusia 30-an dan merupakan duda itu kini direman bagi membantu siasatan.

Polis, Pulau Pinang, Kulim

Artikel Lain