suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vel Paari Diberi Surat Tunjuk Sebab Berhubung Kenyataannya Terhadap Palanivel

S. Vel Paari.

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah strategik MIC S.Vell Paari diberi surat tunjuk sebab setelah mengeluarkan kenyataan terhadap presiden parti Datuk Seri G.Palanivel.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC Tan Sri Dr K.S. Nijhar mengesahkan Vell Paari, anak lelaki presiden paling lama berkhidmat dalam MIC Datuk Seri S Samy Vellu, diminta memberi penjelasan mengenai kenyataannya itu.

Vell Paari, yang juga bekas anggota Jawatankuasa Kerja Pusat parti, mendakwa Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kurang berhati-hati dalam mengendalikan isu-isu yang membabitkan kementerian.

"Dalam mesyuarat selama dua jam itu, jawatankuasa disiplin turut mengeluarkan satu lagi surat tunjuk sebab kepada pengerusi cawangan Shah Alam Pusat S.Vaithialingam kerana membuat kenyataan terhadap kepimpinan parti," katanya kepada Bernama semaasa dihubungi pada Jumaat.

Nijhar berkata Vell Paari dan Vaithialingam diberi masa sehingga 20 Mac untuk menjawab mengapa tindakan disiplin, sama ada pemecatan atau penggantungan, tidak boleh diambil terhadap mereka.

Beliau berkata jawatankuasa displin itu juga memantau 10 pemimpin parti yang dikatakan menentang kepimpinan parti, sebelum memutuskan bentuk tindakan terhadap mereka bulan depan.

Minggu lepas, bekas ketua bahagian MIC Bukit Gelugor K. Loganathan dipecat kerana mencabar presiden parti. - BERNAMA

Vel Paari, Palanivel, MIC, Samy Vellu

Artikel Lain