suria

Letak Jawatan MB: Khalid Akan Minta Kelulusan Sultan, Exco Terlebih Dahulu

Abdul Khalid Ibrahim.

HULU LANGAT: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mendapatkan kelulusan Exco Kerajaan Selangor terlebih dahulu jika benar beliau menerima surat peletakan jawatan yang perlu ditandatanganinya.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu hanya spekulasi dan beliau tidak pernah menerima surat peletakan jawatan seperti yang diperkatakan sehingga kini.

"Perkara itu tidak timbul langsung. Saya tak pernah lihat surat itu.

"Saya tak ada tandatangan surat macam tu. Kalau saya disuruh 'sign' saya akan minta kelulusan daripada Exco dan Sultan Selangor, saya sudah beritahu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Khas Mesra Rakyat di Dewan Taman Mesra Kajang, di sini, Jumaat.

Beliau turut menyifatkan perkara itu sebagai 'merepek'.

"Spekulasi macam itulah yang dikatakan merepek," jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian selepas isu penstrukturan air di negeri Selangor berada di fasa terakhir setelah Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dimetrai sebelum ini.

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa Khalid terpaksa menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memberi laluan Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun difahamkan Khalid enggan menandatanganinya.

Artikel Lain