suria

Catuan Fasa Ketiga: 290,865 Isi Rumah Lagi Terjejas

Penduduk berpusu-pusu mengambil air yang dibekalkan Syabas berikutan gangguan bekalan air di sekitar Lembah Klang baru-baru ini. - fotoBERNAMA

CYBERJAYA: Seramai 290,865 isi rumah lagi di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula Isnin ini.

Ia akan berkuatkuasa dibawah fasa ketiga jadual catuan air yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pada Jumaat.

Fasa kedua membabitkan 431,167 isi rumah tetapi jadual catuan air terbaru dijangka menjejaskan seramai 3.6 juta pengguna.

"Paras air di Empangan Sungai Selangor menurun kepada 2.25 meter dalam tempoh seminggu kepada 194.1 meter pada Jumaat.

"Peratusan simpanan aktif sehingga hari ini (Jumaat) menyusut 3.66% ke 43.24% berbanding 46.9% minggu lalu.

"Sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) empangan, kerajaan Selangor memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran air mentah (dari empangan itu) dari 200 juta sehari sehingga 500 juta liter sehari," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPAN, Datuk Teo Yen Hua pada sidang media di sini Jumaat.

Artikel Lain