suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KPDNKK Batal, Gantung Lesen Stesen Minyak Kompromi Seludup Minyak

Alias Ahmad.

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) akan membatal dan menggantung lesen stesen minyak yang berkompromi dengan aktiviti penyeludupan minyak diesel dan petrol bersubsidi.

Sambil memberikan amaran itu, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmadberkata, operasi bersepadu besar-besaran yang disertai pelbagai agensi termasukJabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, JabatanImigresen, Jabatan Kastam Diraja, Unit Pencegahan dan Penyeludupan serta Relaakan dimulakan hujung bulan ini.

Beliau berkata, kerajaan kerugian hampir RM1.2 bilion setiap tahun disebabkan aktiviti penyeludupan minyak diesel dan petrol bersubsidi ke luar negara atau menjual kepada industri.

“Kita tidak akan berkompromi, KPDNKK akan menggantung atau membatal lesen (stesen minyak) untuk menjalankan perniagaan mereka. Ini adalah amaran terakhir, tiada amaran lagi dan tiada maaf lagi.

“Kerajaan beri subdisi minyak diesel dan petrol untuk mengurangkan beban orang awam dan bukan untuk diseludup atau jual kepada negara asing atau industri,” katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

kpdnkk, alias ahmad

Artikel Lain