suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bertindak Segera, Pastikan Bekalan Air Cukup Untuk Semua - MCA

Liow Tiong Lai.

KAJANG: MCA mahu Kerajaan negeri Selangor bertindak segera untuk memastikan bekalan air yang mencukupi untuk rakyat, kata Presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, infrastruktur yang berkaitan untuk rawatan air perlu dilaksanakan dengan segera kerana rakyat berhadapan dengan masalah kekurangan air dan catuan.

"Bekalan air adalah perhatian utama kita sekarang," kata beliau sambil menambah bahawa sebarang keputusan, seperti tarif , hendaklah dibuat bersama dengan kepentingan rakyat.

"Kerajaan Persekutuan melihat kekurangan air akan berlaku, pada 2008 tetapi kerajaan Selangor tidak mengambil tindakan," kata Liow selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA pada Khamis.

"Rakyat kini perlu bersabar dengan catuan air."

Pada 26 Februari lalu, Putrajaya dan Selangor telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai penstrukturan semula industri air di Selangor, termasuk pembinaan loji rawatan air Langat 2.

Dengan MoU itu, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mengambil alih aset air Selangor.

Ia akan membayar RM9.65 bilion kepada empat konsesi air sebagai pampasan.

Ia turut bersetuju untuk membenarkan kerajaan negeri untuk menguruskan bekalan air melalui Kumpulan Darul Ehsan Bhd, sebuah syarikat milik penuh negeri.

Kerajaan Selangor, pula, bersetuju untuk mengeluarkan suatu perintah pembangunan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 dan sistem pengagihannya.

air selangor, mca, liow tiong lai

Artikel Lain