suria

KP Kesihatan Perjelas Kenaikan Caj Perubatan Swasta

Dr Noor Hisham Abdullah

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memperjelaskan bahawa kenaikan dalam caj perubatan swasta kira-kira 14% baru-baru ini merujuk kepada bayaran prosedur, dan bukannya kos perundingan.

Penjelasan kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook milik Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beberapa media pada Khamis melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebagai berkata bahawa kenaikan yuran perubatan swasta dihadkan pada 14.4%, kurang daripada separuh jumlah yang diminta oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), di mana kementerian itu berkata pada asanya ia diminta sebanyak 30%.

Struktur caj baru itu adalah pindaan kepada Jadual 13 Kemudahan Kesihatan Swasta dan Perkhidmatan (Hospital Swasta dan Lain-lain Kemudahan Kesihatan Swasta) 2006.

Dr Noor Hisham berkata, kerja-kerja di sebalik semakan bayaran bermula pada 2010, dengan mengambil kira kadar inflasi keseluruhan dan indeks harga pengguna khusus untuk penjagaan kesihatan seperti yang diukur antara 2002 hingga 2010.

Tambahnya, kuantum kenaikan bayaran perundingan diperolehi selepas banyak perbincangan itu.

Kelulusan untuk kenaikan dua hingga tiga kali ganda dalam bayaran perundingan pengamal umum mengambil kira dalam variasi bagi jangka masa, kerumitan kes, tahap kepakaran doktor, dan juga kos sewa kemudahan di lokasi-lokasi yang berbeza, kata Dr Noor Hisham.

Beliau menambah, kadar siling yang dinyatakan di dalam Jadual bertujuan untuk mengelakkan daripada caj yang berlebihan oleh pengamal swasta, dan berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, yang menetapkan bahawa pesakit mempunyai hak untuk dimaklumkan mengenai caj yang dianggarkan sebelum dia meneruskan sesuatu rawatan atau perundingan itu.

Isnin lalu, sebuah portal berita dalam talian menekankan bahawa semakan harga di bawah Peraturan-Peraturan itu telah dilaksanakan dengan cara yang tidak telus.

Pindaan kepada caj rawatan dan perundingan yang terkandung dalam Jadual 13 telah diterbitkan dalam Warta Persekutuan pada 16 Disember tahun lepas.

Ia turut melibatkan pengamal pergigian swasta.

Artikel Berikut

Artikel Lain