suria

Mayat Warga Afrika Ditemui Dengan Kesan Tembakan Di Kepala

Anggota polis mengangkat mayat seorang warga Afrika dipercayai pelajar sebuah kolej swasta yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala di kawasan parkir di sebuah apartmen di Mantin dekat Nilai, petang Khamis. - fotoBERNAMA
NILAI: Mayat seorang lelaki warga Afrika dipercayai pelajar sebuah kolej swasta ditemui dengan kesan tembakan di kepala di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah apartmen di Mantin dekat sini, petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdullah Roning berkata mayat mangsa ditemui di bawah pokok di kawasan itu oleh orang awam pada 5.30 petang.

"Siasatan awal mendapati terdapat satu kesan tembakan di kepala mangsa. Pihak polis juga menemui dompet dan telefon bimbit mangsa berhampiran mayatnya," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat. - BERNAMA
Warga Afrika, Maut Ditembak, Mantin

Artikel Sebelum

Artikel Lain