suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk Lembah Klang Dinasihat Guna 170 Liter Air Sehari

Penduduk-penduduk di pangsapuri Penara beratur panjang untuk mendapatkan bekalan air yang boleh didapati di paip besar pangsapuri itu setelah catuan air dilaksanakan di Kuala Lumpur pada Khamis. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Dalam usaha berhemat menggunakan air, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada Khamis menasihati penduduk yang terbabit dalam catuan penggunaan air supaya mengehadkan penggunaannya kepada 170 liter sehari bagi setiap individu.

Jurucakap Syabas berkata purata penggunaan air oleh pengguna ketika ini dilihat terlalu tinggi iaitu mencecah 214 liter seorang.

"Jika dibandingkan pengguna air di Singapura yang hanya menggunakan 160 liter seorang sehari, kami berharap pengguna dapatlah berjimat cermat menggunakan air," katanya.

Syabas turut meminta orang ramai supaya bersabar dengan bekalan air yang lewat tiba di kawasan mereka terutamanya perumahan di kawasan tinggi dan berbukit.

Beliau menjelaskan pengaliran air mungkin mengambil masa untuk tiba di lokasi perumahan yang jauh berikutan pergerakan air dipengaruhi oleh tarikan graviti.

Ditanya mengenai catuan air fasa ketiga, jurucakap itu berkata pihak Syabas masih membincangkannya termasuk membentangkan pelan itu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Kedua, yang melibatkan 413,617 rumah di 260 kawasan, masuk hari kelima sejak dilaksanakan Ahad lepas. - BERNAMA

Catuan Air, Syabas

Artikel Lain