suria

Kerajaan Lantik Perunding Bebas Nilai Tahap Keselamatan KLIA2 - Hishammuddin

Hishammuddin Tun Hussein.

PETALING JAYA: Sebuah syarikat perunding profesional bebas telah dilantik oleh kerajaan untuk menilai tahap keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Ikram Premier Consulting telah dilantik pada 26 Februari lalu untuk memeriksa keselamatan laluan teksi, apron pesawat, landasan dan kawasan sekeliling di lapangan terbang baharu itu.

Hishammuddin berkata, syarikat tersebut akan menghantar satu laporan awal kepada Perdana Menteri pada awal minggu depan.

"Saya juga ingin memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kira-Kira akan mengadakan lawatan ke KLIA2 pada minggu depan dan mereka akan diiringi beberapa Ahli Parlimen," katanya menerusi satu kenyataan media pada Khamis.

Malaysia Airports Holdings Bhd mengesahkan KLIA2 akan mula beroperasi pada 2 Mei ini.

KLIA2, Perunding Bebas, Hishammuddin

Artikel Lain