suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JKM Hantar Empat Laporan Kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial Sweden - Rohani

Rohani Abdul Karim.

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah menghantar empat laporan berkaitan anak pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial negara itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata laporan itu dihantar menerusi Wisma Putra.

"Antara laporan yang diberikan ialah empat kanak-kanak itu sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran di negara ini, terutama di sekolah," katanya dalam sidang akhbar di sini, Khamis.

Turut hadir Ketua Pengarah JKM Datuk Noraini Mohd Hashim.

Aisyah Azizul Raheem, 14, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala, Melor manakala Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) pula di Sekolah Kebangsaan Padang Kala sejak 9 Feb lepas.

JKM ditugas memastikan pematuhan tiga syarat ditetapkan kerajaan Sweden sehingga membolehkan empat anak pasangan Malaysia berkenaan dibawa pulang ke tanah air bulan lepas.

Tiga syarat berkenaan ialah kerajaan Malaysia, menerusi JKM, perlu menghantar laporan berkala, mengadakan sesi kaunseling kepada mereka dan memastikan jaminan sosial yang terkandung dalam Perkara 3 dan 20 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).

Ibu bapa empat beradik itu, Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Dis tahun lepas setelah didakwa memukul anak mereka, kini dibicarakan di Mahkamah Daerah di Solna, Stockholm. - BERNAMA

Artikel Lain