suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azlin Alias Dilantik Ketua Setiausaha Sulit PM

KUALA LUMPUR: Pengarah Bahagian Ekonomi, Pejabat Perdana Menteri Datuk Azlin Alias dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 10 Mac ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan di sini pada Khamis berkata pelantikan Azlin bagi menggantikan Tan Sri Ab Aziz Kasim yang akan bersara wajib pada 10 Mac ini.

"Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti dimiliki Azlin akan membolehkan beliau melaksanakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri dengan cemerlang," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ab Aziz di atas segala sumbangan dan khidmat bakti diberikan sepanjang perkhidmatan beliau khususnya sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri. - BERNAMA

Artikel Lain