suria

Lelaki Dipercayai Anak Saudara Timbalan Menteri Terjun Dari Jambatan Kedua P.Pinang

Jambatan kedua Pulau Pinang atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

GEORGE TOWN: Baharu sahaja dibuka untuk orang ramai iaitu pada Ahad lalu, Jambatan Kedua Pulau Pinang mencatatkan tragedi apabila seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan itu pada Rabu.

Lelaki berkenaan yang berusia 26 tahun, dipercayai merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri.

Dia dikatakan telah melompat dari jambatan dari arah Batu Kawan kira-kira pukul 2.40 petang.

Bagaimanapun dia yang dikatakan terapung di laut pada kedalaman 500 meter di KM13.9 jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah itu berjaya diselamatkan oleh nelayan yang lalu di kawasan tersebut.

Polis tiba tidak lama kemudian dan dia dibawa ke Pangkalan Polis Marin Batu Uban.

Dia kini menjalani rawatan di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, suspek itu kini dalam keadaan stabil dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Mereka yang menghadapi tekanan emosi di Pulau Pinang boleh menghubungi Befrienders di 04-281 5161/1108; Ipoh 05-547 7933/7955; dan Lembah Klang 03-7956 8144/8145.

Artikel Lain