suria

Keputusan Permohonan Rayuan The Herald Ditangguh

Umat Islam hadir di luar Istana Kehakiman di Putrajaya pada Rabu bagi memberi sokongan dalam mengekalkan hak penggunaan eksklusif kalimah Allah terhadap umat Islam sahaja.- fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan permohonan rayuan akhbar mingguan Katolik, The Herald untuk mencabar Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya edisi Bahasa Melayu.

Pada 14 Oktober tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan itu.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 24 Februari lalu permohonan Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum dijadualkan pada Rabu.

The Herald, kalimah Allah

Artikel Lain