suria

Pastikan Tiada Peniaga Cuba Kaut Keuntungan Semasa Catuan Air - MCA

Chua Tee Yong.

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas perlu diambil terhadap peniaga tidak bertanggungjawab menjual air pada harga tinggi sebagai pencegahan dan amaran kepada peniaga lain yang cuba mengaut keuntungan ekoran pelaksanaan catuan air ketika ini.

Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, sekiranya keadaan itu tidak dapat ditangani, pihak berkuasa perlu menimbangkan menjadikan air minuman sebagai barang kawalan harga buat sementara waktu dengan menetapkan harga siling bagi mencegah kenaikan harga.

"Adalah penting untuk memastikan tidak berlaku kenaikan harga dan terdapat bekalan air minuman mencukupi di pasar raya dan pasar raya besar.

"Oleh itu, pihak berkuasa perlu memantau pasar dan melakukan pemeriksaan mengejut dengan lebih kerap untuk memastikan harga minuman kekal dijual pada harga berpatutan," kata Chua, yang juga anggota Parlimen Labis dalam kenyataan di sini, Isnin.

Kebanyakan kawasan di Lembah Klang terlibat dengan pelan catuan air dengan setiap kawasan menerima bekalan air untuk dua hari diikuti catuan dua hari berikutnya sehingga akhir Mac.

mca, chua tee yong, catuan air

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Khairy Pertahan BR1M

Artikel Lain