suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PKR Nafi Anwar - Khalid Bergaduh

Elizabeth Wong.

KAJANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak dakwaan terdapat kepincangan antara pemimpin utama parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hal ini kerana mereka dikatakan bersama-sama berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

"Kami (PKR) menafikan khabar angin bahawa terdapat perpecahan antara Anwar dan Khalid kerana mereka dilihat berkempen bersama dalam banyak majlis," kata ahli majlis pimpinan pusat PKR, Elizabeth Wong di sini pada Ahad.

Menurutnya, kerjasama antara Anwar dan Khalid penting ketika ini bagi memperolehi majoriti besar pada PRK Kajang.

"Kita tidak boleh meramalkan Anwar tanpa Khalid dan Khalid tanpa Anwar di Selangor, tiada siapa yang boleh melakukanya sendiri," katanya.

PKR selain itu turut melancarkan kempen 'Rakan Sejati Bersama Kukuhkan Selangor'.

Artikel Sebelum

Khairy Pertahan BR1M

Artikel Lain