suria

Saya Tidak Akan Minta Maaf Kepada Azmin - Hishamuddin Rais

Hishamuddin Rais

PETALING JAYA: Aktivis Hishamuddin Rais tidak akan meminta maaf kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berhubung tulisan yang dimuatkan dalam salah satu kolum akhbar Suara Keadilan.

"Tidak, saya tidak akan meminta maaf. Jika saya katakan hujan basah, adakah ia satu perkara yang boleh disaman? Adakah saya menyatakan yang benar atau sebaliknya?," katanya kepada 'The Star Online'.

Azmin dilaporkan telah mengesahkan permulaan prosiding undang-undang terhadap dua editor akhbar Suara Keadilan dan Hishamuddin terhadap apa yang didakwanya sebagai artikel fitnah.

Kedua-dua editor Najib Hashim dan Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) bertindak balas dan menyiarkan permohonan maaf dalam akhbar edisi minggu lepas.

Artikel perdebatan itu telah diterbitkan dalam akhbar Suara Keadilan pada 11 Februari. Hishamuddin merupakan kolumnis tetap untuk akhbar tersebut.

Minggu lepas, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu telah memilih lima anggota untuk jawatankuasa mencari fakta yang diketuai oleh Ketua Penerangan Dr Md Nor Manuty untuk berjumpa dengan pasukan editorial penerbitan itu.


Artikel Lain