suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Semua Pejabat JPJ Negeri Dan Cawangan Beroperasi Jumaat Dan Sabtu Ini

KUALA LUMPUR: Semua pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dan cawangan akan beroperasi Jumaat dan Sabtu ini bagi menyelesaikan permohonan urusan jabatan itu yang tertangguh ekoran peralihan sistem SIKAP ke sistem mySIKAP.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pejabat JPJ dan cawangan di negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan yang sepatutnya tutup kerana cuti mingguan esok akan buka seperti biasa manakala pejabat JPJ negeri dan cawangan lain akan beroperasi Sabtu ini.

Waktu perkhidmatan kaunter JPJ negeri dan cawangan akan beroperasi seperti biasa bermula 7.45 pagi bagi semua perkhidmatan, katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata pelaksanaan perkara itu diedarkan kepada semua pengarah JPJ negeri dan ketua cawangan di seluruh negara pada hari ini cawangan di seluruh negara. - BERNAMA

Artikel Lain