suria

Kedah Audit GLC Untuk Tentukan Daya Saing

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah sedang menjalankan audit dalaman terhadap beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri bagi menentukan sama ada syarikat berkenaan berdaya saing atau tidak, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata selain itu, kerajaan negeri juga akan melihat model perniagaan setiap GLC.

"Kalau dapati GLC itu tidak berdaya maju, ada cadangan supaya ia membatalkan pendaftaran atau hentikan terus perniagaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Penderma Darah Sedunia dan Kempen Derma Darah Pra-Ramadan peringkat negeri Kedah pad Sabtu.

Program itu anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara) dan Yayasan Pembangunan Masyarakat Kubang Pasu.

Mukhriz berkata kerajaan negeri kini dalam proses menyusun semula pentadbiran GLC negeri secara berperingkat.

"Beberapa anggota lembaga pengarah sudah hampir tempoh (perkhidmatan) dan dicadangkan nama-nama baharu," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain