suria

Mohamad Aziz Dilantik Speaker DUN Johor

Mohamad Aziz
Mohamad Aziz
Mohamad Aziz

NUSAJAYA: Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Khamis.

Majlis angkat sumpah dibuat sempena mesyuarat pertama bagi penggal pertama DUN Johor dan majlis angkat sumpah exco kerajaan negeri di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membuat pemilihan Mohamad, 72, menggantikan Datuk Hassan Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker menggantikan Datuk Othman Jais.

Artikel Lain