suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Empat Anggota Sindiket Samun Kedai Serbaneka

KUCHING: Tiga lelaki dan seorang perempuan ditahan polis, dipercayai terlibat dalam tiga kes samun melibatkan tiga buah kedai serbaneka di sekitar bandar raya ini, minggu lepas.

Minggu lepas polis melancarkan gerakan memburu tiga kumpulan penjenayah dikatakan merompak enam kedai serbaneka di sekitar bandar raya ini dalam tempoh kurang 48 jam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata dengan penangkapan kesemua suspek itu, polis percaya turut dapat menyelesaikan beberapa kes samun lain di sekitar bandar raya ini.

"Pada 15 Jun kira-kira 9.30 pagi sepasukan anggota polis dari Balai Polis Padungan membuat intipan ke atas sebuah kenderaaan jenis Proton Waja di tempat letak kereta di Hock Lee Centre, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim di sini.

"Keempat-empat suspek ditangkap ketika datang untuk mengambil kenderaan tersebut, dan hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kenderaan tersebut dilaporkan hilang di Sekama," katanya di sini, Isnin.

Mengulas lanjut, Roslan Bek berkata hasil pemeriksaan ke atas kenderaan turut menjumpai beberapa peralatan yang dipercayai digunakan suspek ketika menyamun.

"Antara yang dijumpai ialah dua pemotong besi, satu kapak, satu pengumpil besi, satu parang, dua nombor pendaftaran kenderaan, dan satu topeng muka.

"Turut ditemui dalam kenderaan itu lapan beg tangan wanita, lima komputer riba, tujuh telefon bimbit, dua buah Samsung Galaxy Tab dan satu kad hotel," katanya.

Roslan Bek berkata siasatan lanjut akan dibuat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan reman akan dikenakan terhadap keempat-empat suspek. - BERNAMA

Artikel Lain