Warga Emas Maut Digilis Bas

SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas maut selepas digilis sebuah bas penumpang dalam kemalangan di Jalan Sungai Ujong berhadapan Hospital Pakar Seremban (KPJ) di sini, Selasa.

Jurucakap polis berkata mangsa, Khoo Eng Koi @ Chiou Yeong Chi, 79, sedang menunggang sebuah motosikal dari arah Seremban 2 menuju ke Seremban apabila kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan terjatuh di atas jalan sebelum sebuah bas yang berada di belakang mangsa tidak sempat mengelak lalu menggilis kepala lelaki itu sehingga pecah.

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya. Pemandu bas yang menggilis mangsa sudah membuat laporan polis dan dia dibebaskan selepas keterangannya diambil," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban di sini untuk bedah siasat.

Katanya, buat masa ini polis sedang menyiasat sama ada mangsa terbabas akibat dilanggar atau bergesel dengan kenderaan lain dan meminta saksi kejadian tampil membuat laporan di balai polis berdekatan. - BERNAMA

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain