suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Daripada 12 Adun Pembangkang Mahu Lajim Sebagai Ketua

KOTA KINABALU: Hanya tujuh daripada 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mengenai keputusan mereka untuk memilih Adun PKR-Klias, Datuk Seri Lajim Ukin sebagai ketua mereka.

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said telah menerima surat daripada Lajim juga lima Adun PKR yang lain, Christina Liew (Api Api), Jelani Hamdan (Matunggong), Roland Chia (Inanam), Terence Siambun (Moyog) and Ukoh@Jeremy Malajat (Kadamaian).

Beliau berkata, surat yang ketujuh diterimanya yang menamakan Lajim sebagai Ketua Pembangkang negeri ialah daripada Pengerusi Parti Reformasi Sabah (Star) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

“Kami mengambil kira surat-surat yang diterima ini dan kami tiada bantahan untuk Lajim menjadi ketua pembangkang,” katanya pada Rabu.

Lajim kemudiannya memberitahu media bahawa empat Adun DAP yang lain iaitu Hiew King Cheu (Luyang), Wong Hong Jun (Likas), Chan Foong Hin (Sri Tanjong) and Dr Edwin Bosi (Kapayan) juga Adun PKR (Tamparuli) Datuk Wilfred Bumburing (Tamparuli) telah bersetuju supaya beliau menjadi ketua pembangkang negeri.

Artikel Lain