suria

50 Warga Myanmar Didakwa Memasuki Negara Tanpa Pas Sah UNHCR

SEPANG: Seramai 50 warga Myanmmar telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana memasuki negara ini tanpa pas sah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Lelaki-lelaki berusia antara 18 dan 55 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus pada Isnin.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000, penjara tidak melebihi lima tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mereka kemudian memberitahu mahkamah bahawa mereka mempunyai pas sah UNHCR dan mahkamah menetapkan 1 Julai ini untuk sebutan sementara menunggu pengesahan Jabatan Imigresen.

Sementara itu, seorang warga Myanmmar Thay Win, 42, dijatuhi hukuman penjara empat bulan manakala seorang warga Bangladesh Md Shahadat Hossain, 36, dijatuhi hukuman penjara dua bulan selepas mengaku bersalah terhadap hukuman.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) akta yang sama.

Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur Seipul Anwar Amat membuat pendakwaan manakala lelaki-lelaki tersebut tidak diwakili peguam.

Sebelum prosiding, Seipul Anwar berkata seramai 52 orang telah didapati membawa dokumen-dokumen yang tidak lengkap apabila mereka ditahan di pasar borong Selayang pada 7 Jun.

"50 daripada 52 didapati mempunyai pas UNHCR yang dipalsukan dan kami akan mendakwa mereka di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tidak membawa permit yang betul," katanya.

Beliau berkata, tertuduh mungkin memasuki negara ini secara haram.

Beliau juga menambah 137 lagi warga Myanmar akan didakwa bagi kesalahan yang sama di sini, Selasa.

Penasihat undang-undang UNHCR dilihat cuba untuk bertemu dengan tahanan di luar kompleks mahkamah, tetapi mereka tidak dibenarkan.

Artikel Lain