Anggota Keluarga Mangsa Runtuhan Penebat Kilat Ikuti Perkembagan Operasi

Isteri mangsa Lee Chai Song, 48, (kanan) berada di kawasan runtuhan penebat kilat Menara Umno di Jalan Macalister setelah suaminya dipercayai tertimbus dalam lubang jalan sedalam lima meter.-fotoBERNAMA
Isteri mangsa Lee Chai Song, 48, (kanan) berada di kawasan runtuhan penebat kilat Menara Umno di Jalan Macalister setelah suaminya dipercayai tertimbus dalam lubang jalan sedalam lima meter.-fotoBERNAMA
Isteri mangsa Lee Chai Song, 48, (kanan) berada di kawasan runtuhan penebat kilat Menara Umno di Jalan Macalister setelah suaminya dipercayai tertimbus dalam lubang jalan sedalam lima meter.-fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Anggota keluarga Lim Chin Aik, penjual nasi yang dipercayai tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini berada di tempat kejadian bagi mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat.

Isteri mangsa Lee Chai Song, 48, dan tiga anak mereka iaitu dua lelaki, Lim Chia Yiang, 20, Lim Chia Oon, 18, serta anak perempuan mereka Lim Hui Jiun, 13, berada di tempat kejadian sejak pukul 7 pagi.

Selain mereka, kedua-dua ibu bapa mangsa, Lim Tian Chor, 73, dan Ang Kim Looi,70, dan adik perempuan mangsa, Lim Lye Suan, 40, turut berada di tempat kejadian.

Keluarga mangsa turut menjalankan upacara sembahyang di tempat kejadian supaya usaha mencari dan menyelamat berjalan lancar.

Ibu Lim, Ang berkata beliau dan keluarga mangsa tinggal bersama di Weld Quay, di sini dan anaknya itu merupakan seorang yang baik.

"Beliau merupakan seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat tentang saya serta suami. Kami sekeluarga berharap dia dapat ditemui," katanya kepada pemberita.

Adik perempuan mangsa, Lye Suan berkata mereka sekeluarga berusaha mencari abangnya di semua lokasi yang beliau selalu pergi termasuk menerusi laman sosial facebook selepas menyedari kehilangan Lim.

"Saya menyedari abang hilang selepas anak perempuannya (Hui Jiun) balik dari sekolah dengan gurunya dan kami terus mencari abang dengan pelbagai cara termasuk menerusi facebook sebelum membuat laporan polis," katanya.

Pada Sabtu Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini sepadan dengan kereta milik penjual nasi itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau yang melawat tempat kejadian turut meluangkan masa berjumpa anggota keluarga mangsa dan memberi kata-kata semangat kepada keluarga mangsa serta memberi jaminan akan membantu mereka.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan memulakan siasatan bagi mengetahui punca keruntuhan itu dan memastikan kerja-kerja pembersihan di tempat kejadian dipercepatkan dan keadaan kembali seperti sediakala.

"Siasatan akan dijalankan secepat mungkin, manakala bekalan air, elektrik dan telekomukasi yang terjejas akibat runtuhan akan dipulihkan dalam kadar segera," katanya ketika ditemui pemberita pada satu majlis lain di sini. - BERNAMA

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain